Rantai kunci ‘avokado’ milik Zara Qairina antara barang diserah dalam inkues

INKUES kematian Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menerima sebuah rantai kunci berbentuk avokado merupakan antara barang peribadi milik Allahyarham yang diserahkan kepada seorang saksi kanak-kanak.

Peguam Shahlan Jufri mewakili keluarga Allahyarham berkata, saksi yang dipanggil semula itu memberitahu mahkamah, dia menerima barangan itu daripada seorang pelajar lain dan bukan secara langsung daripada Zara Qairina.

“Seorang pelajar menyerahkan barangan itu kepadanya (saksi kanak-kanak), namun barangan itu pada asalnya adalah milik Zara Qairina.

“Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai sepucuk surat yang digambarkan sebagai ‘surat privasi’, pelajar itu tidak dapat mengingati siapa yang memberikannya atau bila surat itu diterima,” katanya, lapor Harian Metro.

Shahlan, yang mewakili ibu Zara Qairina, berkata saksi kanak-kanak itu turut menjelaskan dia meletakkan barangan berkenaan di dalam beg plastik sebelum menyerahkannya kepada seorang ustazah.

“Dia bercadang mengambil semula barangan itu, namun ia kemudiannya diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Sementara itu, Datuk Ram Singh berkata saksi kanak-kanak itu juga memberitahu mahkamah dia berasa sedih dengan pemergian Zara Qairina.

Inkues yang sudah selesai mendengar keterangan semua saksi kanak-kanak itu akan bersambung pada Jumaat ini dengan seorang guru dijadualkan memberi keterangan.

Ram, yang mewakili salah seorang pelajar yang didakwa terbabit kes buli Zara Qirina berkata, ibu kepada anak guamnya akan memberi keterangan pada Isnin.

“Bagi pihak kami, kami akan menyediakan pernyataan saksi beliau bagi mempercepatkan proses,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img