Polis siasat kejadian wanita tolak, pukul dua kanak-kanak di pusat beli-belah

POLIS sedang menyiasat insiden membabitkan seorang wanita yang didakwa menolak dan memukul dua kanak-kanak di sebuah pusat beli-belah di ibu negara, semalam.

Kejadian itu mendapat perhatian selepas rakaman video berdurasi 35 saat memaparkan pertengkaran antara bapa kanak-kanak terbabit dengan wanita berkenaan tular di platform Threads dan Facebook.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, pihaknya mengesan rakaman berkenaan sebelum menerima laporan rasmi daripada bapa mangsa pada jam 7.39 malam, hari yang sama.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 petang ketika pengadu berusia 36 tahun sedang berjalan bersama dua anaknya yang masing-masing berusia dua dan tujuh tahun.

“Tiba-tiba seorang wanita yang tidak dikenali menolak anak lelakinya dari arah belakang sehingga terjatuh, selain memukul bahagian belakang kepala anak perempuannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Azwan berkata, polis memandang serius kejadian itu dan siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden berkenaan.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi, menyebarkan tuduhan atau berkongsi maklumat yang belum disahkan sehingga boleh menjejaskan siasatan,” katanya.

Beliau meminta individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here