PGA Briged Sarawak rampas mercun, bunga api tanpa permit RM2.2 juta

PASUKAN Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas mercun dan bunga api tanpa permit bernilai RM2.2 juta menerusi Ops Taring Charlie yang dijalankan di empat lokasi berasingan dari Isnin hingga semalam.

Komander Briged Sarawak SAC Lim Bak Phai berkata dalam serbuan di Kuching, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun bersama rampasan mercun dan bunga api bernilai RM159,448.

Beliau berkata di Lubok Antu pula, seorang lelaki tempatan berusia 18 tahun ditahan dengan rampasan sebanyak 5,676 unit mercun dan bunga api yang dianggarkan bernilai RM371,700.

“Di Bintulu, seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun turut ditahan bersama rampasan 8,778 unit mercun dan bunga api serta sebuah kenderaan, dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM1,572,135,” katanya dalam kenyataan , hari ini.

Lim berkata di Sibu pula, seorang lagi lelaki tempatan berusia 49 tahun ditahan bersama rampasan mercun dan bunga api bernilai RM107,262.

Beliau berkata kesemua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) masing-masing dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img