Ops Sapu: 10 warga China ditahan di Labuan

JABATAN Imigresen (JIM) Labuan menahan 10 warga China dalam serbuan di beberapa premis kediaman di sekitar pulau bebas cukai semalam.

Pengarah Imigresen Labuan, Raymond Entalai berkata, serbuan menerusi Ops Sapu di empat lokasi kawasan perumahan itu dijalankan selepas pihaknya bertindak atas maklumat awam dan risikan.

“Kesemua yang ditahan itu hasil pemeriksaan terhadap 20 individu terdiri daripada 15 lelaki dan lima wanita warga China.

“Mereka disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata, operasi terbabit disertai 18 pegawai dan anggota penguat kuasa jabatan itu.

Semasa pemeriksaan dijalankan, terdapat beberapa individu terbabit cuba meloloskan diri melalui pintu belakang premis, namun mereka berjaya ditahan tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Raymond berkata, pihaknya turut mengeluarkan empat saman kepada saksi (Borang 29) bagi membantu siasatan manakala kesemua individu ditahan dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Labuan untuk siasatan lanjut.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img