Sindiket ‘pasport terbang’ tewas, JIM Johor rampas sembilan pasport

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) Johor berjaya menumpaskan sindiket penyalahgunaan pasport atau dikenali sebagai ‘pasport terbang’ dalam serbuan operasi Ops Serkap di sebuah pangsapuri di Taman Daya, Johor Bahru pada 29 Januari lalu.

Dalam operasi itu, seorang individu berusia 44 tahun ditahan, manakala sembilan naskhah pasport dirampas kerana dipercayai digunakan sebagai dokumen perjalanan untuk tujuan keluar masuk negara ini secara tidak sah.

Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, operasi Ops Serkap dijalankan oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Negeri Johor hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan pihaknya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di lokasi membawa kepada penemuan beberapa naskhah pasport yang disyaki disalahgunakan oleh sindiket terbabit.

“Seorang warga tempatan ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Pasport 1966 (Akta 150).

“Individu terbabit kini ditahan di Bahagian Penguatkuasa Negeri Johor untuk siasatan lanjut dan tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang,” katanya dalam kenyataan media hari ini, lapor Harian Metro.

Mohd Rusdi berkata, pihaknya memandang serius penyalahgunaan pasport kerana ia boleh menjejaskan keselamatan negara dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dokumen perjalanan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img