Kastam Kelantan rampas lebih 58 kg ganja disorok dalam bungkusan ‘bundle’

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan menggagalkan cubaan menyeludup sejumlah 58.865 kilogram (kg) ganja mampat yang disorok dalam bungkusan pakaian terpakai (bundle) di pekan Rantau Panjang, di Tumpat pada 25 Januari lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 5.30 pagi itu, JKDM menemukan ganja mampat berkenaan yang disembunyikan di dalam bonet sebuah kereta yang ditinggalkan di kawasan parkir.

Timbalan Pengarah JKDM (Bahagian Pengkastaman dan Cukai Dalam Negeri), Dr Ishak Ismail yang menjalankan tugas-tugas (MTT) Pengarah Kastam negeri Kelantan berkata, serbuan itu dijalankan menerusi Operasi LYNX South-East Asia Phase 3 selepas intipan selama tiga minggu.

“Pasukan kami mengesan sebuah kereta Perodua Bezza yang ditinggalkan di kawasan parkir di jalan utama pekan Rantau Panjang.

“Hasil pemeriksaan dengan bantuan anjing pengesan dadah dari Unit Narkotik Cawangan Penguatkuasaan Rantau Panjang menemui 58.865 kg ganja mampat bernilai RM182,481.50.

“Dadah itu disembunyikan dalam pakaian terpakai di bahagian bonet dan siasatan lanjut mendapati kenderaan itu adalah kereta sewa,” katanya dalam sidang media di Cawangan Penguat Kuasa JKDM Pengkalan Kubor di Tumpat hari ini.

Menurut Dr Ishak, modus operandi membalut ganja mampat dalam bungkusan pakaian terpakai dipercayai kaedah terbaharu bagi mengaburi pihak berkuasa.

Katanya, pihaknya percaya ganja mampat berkenaan dibawa masuk dari Thailand dan untuk pasaran sekitar Kelantan serta negeri lain.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img