Rangka wanita ditemukan dalam belukar di Mentakab

SATU rangka manusia dipercayai seorang wanita ditemukan di kawasan parit dan belukar berhampiran Flat Damai Taha di Mentakab semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, polis menerima maklumat awam berhubung penemuan itu kira-kira jam 12 tengah hari.

Beliau berkata, sepasukan pegawai dan anggota polis bersama Bahagian Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang telah menjalankan pemeriksaan awal di lokasi kejadian.

“Hasil siasatan awal, rangka itu dipercayai seorang wanita berdasarkan pakaian namun tiada sebarang identiti ditemukan.

“Rangka manusia itu dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HosHAS), Temerloh untuk proses bedah siasat yang akan dijalankan pada 10 Februari ini,” katanya dalam  kenyataan hari ini.

Mohd Nasyim berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihak polis masih menunggu laporan penuh daripada pihak Forensik.

Beliau memberitahu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Razzi Ismail di talian 017-231 4245.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img