PM terima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat bakal tamat tugas

DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Edgard D Kagan yang bakal menamatkan perkhidmatannya di negara ini.

Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook berkata, pertemuan itu turut menjadi ruang untuk menzahirkan penghargaan atas sumbangan Kagan yang akan kembali ke Washington dalam masa terdekat dalam memperkukuh hubungan strategik antara Malaysia dan AS.

GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

Menurut beliau, penghargaan itu termasuk dalam sektor perdagangan, pelaburan, pendidikan, digital, teknologi serta kerjasama keselamatan.

“Hubungan erat antara kedua-dua negara kekal penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan memperluas peluang kerjasama yang memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Kagan yang mula berkhidmat sebagai Duta AS ke Malaysia yang ke-22 sejak Disember 2023 dan sebelum itu sebagai timbalan ketua perwakilan bakal mengakhiri tempoh perkhidmatan di negara ini pada 16 Februari depan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img