Sembang santai bersama Ahmad Zahid tawar tiket MotoGP percuma

PEMINAT sukan permotoran berpeluang memenangi tiket MotoGP percuma menerusi program Sembang Santai MotoGP bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Fifty Seven Coffee di Semenyih esok.

Program yang bermula jam 8 malam itu turut menampilkan persembahan kumpulan Azlan & The Typewriter serta cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.

Penyelaras program berkata, acara berkenaan memberi peluang kepada orang ramai, khususnya peminat MotoGP, untuk beramah mesra dengan Ahmad Zahid dalam suasana santai.

Menurutnya, penganjuran itu menggabungkan elemen sukan, hiburan dan kebersamaan masyarakat menerusi pelbagai pengisian menarik.

Selain sesi sembang santai dan persembahan muzik, program itu turut menampilkan Sumbangan Kasih sebagai usaha menyantuni golongan yang memerlukan.

Beliau berkata, gabungan aktiviti berkenaan diharap dapat memberikan pengalaman bermakna kepada pengunjung, selain menyemarakkan minat terhadap sukan permotoran.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir bersama keluarga dan rakan-rakan bagi memeriahkan program berkenaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here