Hanya penjualan bunga api jenis ‘Happy Boom’, mercun ‘Pop-Pop’ dibenarkan – Polis

POLIS hanya membenarkan penjualan bunga api jenis “Happy Boom” dan mercun “Pop-Pop” bagi sambutan Tahun Baharu Cina, Selasa ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata kedua-dua jenis mercun dan bunga api itu selamat digunakan kerana tidak mengandungi bahan letupan yang boleh membahayakan keselamatan orang ramai.

Bagaimanapun, beliau berkata penjualan mercun dan bunga api tersebut masih memerlukan permit daripada Ibu Pejabat Daerah (IPD) yang berkaitan serta mestilah mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.

“Sesiapa yang memiliki, menjual, membeli atau bermain mercun serta bunga api selain daripada yang dibenarkan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 7 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Fadil turut mengingatkan orang ramai supaya tidak bermain mercun dan bunga api melebihi jam 12 tengah malam bahi mengelakkan gangguan atau bahaya kepada orang awam.

Katanya individu yang ingkar boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 13 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 366) serta Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207).

Beliau menegaskan bahawa memiliki, menjual, membeli atau bermain mercun dan bunga api tanpa kebenaran adalah satu kesalahan di sisi undang-undang, termasuk sempena mana-mana perayaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang yang ditetapkan bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat serta mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img