Kes mayat wanita dikerat: Polis tahan dua anak suspek utama  di Kota Kinabalu

POLIS menahan dua wanita tempatan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita yang mayatnya dikerat dan dibuang di beberapa lokasi di kawasan tempat pembuangan sampah di Indah Permai, Manggatal pada Khamis lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt Syed Lot Syed Ab Rahman berkata wanita berkenaan masing-masing berusia 29 dan 21 tahun ditahan di kawasan Sepanggar dan Inanam, di Kota Kinabalu hari ini.

Katanya ini menjadikan keseluruhan tangkapan sebanyak empat orang, bermula dengan lelaki tempatan berusia 71 tahun yang ditahan di Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth II pada hari kejadian sebelum disusuli penahanan seorang lagi lelaki tempatan berusia 19 tahun di Sepanggar.

“Kedua-dua wanita berkenaan merupakan anak kepada suspek utama dan ditahan bagi membantu siasatan berhubung peranan serta pengetahuan mereka berkaitan kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas beberapa barangan dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan antaranya telefon bimbit, pakaian, sepasang sarung tangan, sebilah parang serta sebuah kenderaan jenis Nissan X-Trail.

Pada Khamis lepas, anggota tubuh seorang wanita yang dipercayai dikerat kepada beberapa bahagian ditemukan di tempat pembuangan sampah di Indah Permai kira-kira 7 pagi dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img