Pekerja swasta rugi RM636,123, terperdaya janji untung 30% pelaburan palsu

SEORANG pekerja swasta kerugian RM636,123 selepas terperdaya dengan janji keuntungan 30% menerusi satu skim pelaburan secara dalam talian.

Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman berkata, mangsa berusia 57 tahun yang membuat laporan polis semalam sebelum itu melihat iklan pelaburan saham dikenali sebagai Bookmap Malaysia di Facebook pada 3 November lalu.

Katanya, suspek kemudiannya menawarkan skim pelaburan kepada mangsa dengan menjanjikan keuntungan 30 peratus dengan modal minimum RM10,000.

“Bagi meyakinkan mangsa, suspek mengarahkan mangsa untuk memuat turun satu aplikasi pelaburan dikenali BM-max melalui pautan yang diberikan menerusi WhatsApp.

“Bermula dari 9 Januari hingga 11 Februari lalu, mangsa membuat sebanyak empat transaksi pindahan wang kepada empat akaun bank berbeza yang keseluruhannya berjumlah RM636,123.

“Mangsa dikatakan menggunakan wang simpanan dan pinjaman,” katanya dalam kenyataan, lapor Berita Harian.

Yahaya berkata, mangsa kemudiannya ditunjukkan keuntungan kononnya mencecah RM1.84 juta termasuk komisen pelaburan.

“Mangsa yang berasa tertipu membuat laporan polis. Orang ramai juga dinasihatkan merujuk pihak polis sebelum terlibat dalam pelaburan meragukan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img