Kerajaan Selangor beri insentif RM1,500 kepada jemaah haji muassasah

SEBANYAK 6,000 bakal jemaah haji muassasah di Selangor bakal menerima insentif RM1,500 seorang menerusi pelaksanaan program Insentif Haji Muassasah 1447H/2026M.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, menerusi program yang dilaksanakan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI Selangor) itu, jumlah insentif meningkat sebanyak RM500 iaitu dari RM1,000 kepada RM1,500 bagi setiap jemaah haji muassasah.

DATUK Seri Amirudin Shari

Katanya, pemberian insentif adalah seperti diluluskan dalam Belanjawan Selangor 2026 dengan peruntukan RM9 juta.

“Sejak mula dilaksanakan pada 2022 oleh MBI Selangor, insentif ini memanfaatkan seramai 18,000 jemaah haji muassasah dari Selangor, iaitu 3,000 jemaah masing-masing pada 2022 dan 2023 dan 6,000 jemaah masing-masing pada 2024 dan 2025,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bagi mengoptimumkan proses pendaftaran, bakal jemaah iaitu warga Selangor yang mengundi di negeri ini hanya perlu membawa salinan bercetak Jadual Penerbangan Haji Muassasah Tahun 2026 dengan paparan KOD MUAS ke Pusat Khidmat Masyarakat ataupun Pejabat Penyelaras DUN masing-masing dan diselaraskan oleh Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan).

Katanya, permohonan dibuka mulai Isnin ini hingga 15 Julai.

“Saya mendoakan supaya usaha ini dapat memudahkan persiapan perjalanan jemaah yang bakal meraikan duyufurrahman pada tahun ini, insya-Allah,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img