SPRM tahan Exco kerajaan negeri Terengganu disyaki salah guna jawatan dan kedudukan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu menahan seorang Exco kerajaan negeri kerana disyaki terbabit menyalahgunakan jawatan dan kedudukan dengan mengarahkan kedua-dua anaknya diambil bekerja di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini.

Suspek lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira jam 11.15 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kemaman.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2018 dan 2020,” menurut sumber SPRM.

Suspek yang juga merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini dipercayai menggunakan jawatan dan kedudukannya sebagai Exco dan Pengerusi Lembaga Pengarah sebuah syarikat untuk mengarahkan kedua-dua anaknya diambil bekerja di dua buah anak syarikat kerajaan negeri.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan suspek akan didakwa dalam masa terdekat.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img