Penggodam boleh ceroboh sistem guna akses bekas pekerja – Fahmi

KEGAGALAN menamatkan akses log masuk dan kata laluan bekas kakitangan dikenal pasti antara kelemahan keselamatan siber yang boleh dieksploitasi penggodam untuk menceroboh sistem serta pangkalan data organisasi.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kecurian kredensial menerusi aktiviti pancingan data atau ‘phishing’ antara kaedah yang kerap digunakan penggodam untuk mendapatkan akses kepada sistem sesebuah organisasi.

Katanya, akaun kakitangan yang masih aktif selepas mereka meninggalkan organisasi boleh disalahgunakan untuk mendapatkan akses kepada sistem dalaman.

“Antara masalah paling besar yang kita lihat berlaku sekarang ialah kecurian kredensial, akses log masuk dan kata laluan, terutama apabila ada kakitangan lama yang sudah meninggalkan organisasi tetapi kredensial mereka masih aktif.

“Kredensial itu kemudian dicuri menerusi aktiviti phishing dan disalahgunakan untuk mengakses laman web atau pangkalan data,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Konvensyen Kebangsaan Mahasiswa Komunikasi dan Media (COMMNATCON) 2026 di UiTM, Shah Alam, hari ini.

Menurutnya, Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat (CISO) setiap organisasi perlu memastikan semua akses kakitangan yang telah berhenti kerja ditamatkan, terutama akses pentadbir utama.

Beliau turut mengingatkan organisasi supaya menilai risiko keselamatan vendor pihak ketiga yang mengendalikan sistem mereka kerana ia juga boleh menjadi sasaran penggodam.

“Vendor yang mengendalikan sistem atau laman web sesebuah organisasi turut mempunyai tanggungjawab dalam memastikan keselamatan siber,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here