Kereta Teresa Kok dipecah, rugi RM6,500 termasuk barang peribadi

AHLI Parlimen Seputeh, Teresa Kok, kerugian kira-kira RM6,500 selepas cermin keretanya dipecah dan beg tangan mengandungi telefon bimbit, dokumen serta wang tunai dilarikan dalam kejadian di kawasan parkir di Taman Persekutuan Bukit Kiara, Kuala Lumpur, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6.15 ketika beliau bersenam di taman rekreasi berkenaan selepas memarkir kenderaannya dalam keadaan berkunci.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Ahmad Firdaus Mustaffa Kamal berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.49 malam.

Menurutnya, sebaik kembali ke kenderaan, Teresa mendapati cermin hadapan sebelah kiri keretanya telah pecah sebelum menyedari beg tangan miliknya hilang.

“Kerugian dianggarkan berjumlah RM6,500 dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, polis menemui tiga cap jari pada kenderaan mangsa yang telah dihantar ke makmal forensik di Bukit Aman bagi mengenal pasti suspek yang terlibat.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img