Remaja perempuan ditemui maut berlumuran darah di parkir pangsapuri Gelugor

SEORANG remaja perempuan berusia 13 tahun ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di laluan parkir pangsapuri di Gelugor, Georgetown, hari ini.

Remaja terbabit kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi.

Penduduk yang enggan dikenali berkata, dia tidak pasti masa kejadian itu berlaku.

Namun katanya, kira-kira jam 9 pagi ketika melalui kawasan parkir, dia dimaklumkan oleh pekerja pembersihan mengenai penemuan remaja berkenaan.

“Saya tidak tahu berapa lama dia sudah terbaring di situ dan terdapat beg berwarna hitam berhampirannya selain memakai pakaian sukan yang tertera nama sekolah.

“Saya kemudian menghubungi pihak berkuasa dan ketika ambulans tiba, pasukan perubatan mengesahkan dia sudah meninggal dunia.

“Dia bukan penduduk di sini. Difahamkan dia tinggal di Sungai Dua,” katanya ketika ditemui di lokasi, lapor Harian Metro.

Sementara itu, ibu bapa mangsa turut hadir ke tempat kejadian bagi proses pengecaman dan kedua-duanya dikatakan tidak tahu bagaimana mangsa boleh ke lokasi itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, siasatan masih dijalankan.

“Kita tunggu (laporan) yang lebih lengkap,” katanya ringkas menerusi Aplikasi WhatsApp.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img