Lelaki Pakistan maut terkena cermin pecah di Genting Kelang

SEORANG lelaki warga Pakistan maut selepas mengalami pendarahan teruk apabila cermin tingkap yang dibuangnya pecah dan terkena pada lengan dalam kejadian di Wisma Genting, Off Jalan Genting Kelang, Kuala Lumpur petang ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian membabitkan mangsa berusia 44 tahun itu pada jam 4.44 petang.

“Semasa kejadian, mangsa sedang membuat kerja-kerja membuang cermin tingkap sebuah pejabat ke dalam tong sampah di bawah bangunan.

“Namun, cermin itu pecah dan terkena pada lengan mangsa mengakibatkan pendarahan yang banyak,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mohamad Lazim berkata, ambulans yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya.

Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut, tambah beliau.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img