Akaun TikTok guna identiti Ketua Pengarah AKPS adalah palsu

AGENSI Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) mengesahkan video tular di media sosial serta akaun TikTok menggunakan nama @Haily Only Official adalah palsu dan bukan milik Ketua Pengarah agensi tersebut.

AKPS dalam kenyataan memaklumkan, video berkenaan dipercayai dimanipulasi menggunakan teknologi deepfake sehingga mengelirukan orang ramai serta menimbulkan persepsi seolah-olah ia merupakan kenyataan rasmi daripada beliau.

“AKPS turut mengesan terdapat beberapa akaun media sosial lain yang tidak dimiliki atau diiktiraf oleh Ketua Pengarah AKPS, namun menggunakan nama, wajah dan video-video beliau bagi tujuan meraih publisiti serta keuntungan peribadi,” kata kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, AKPS menegaskan tindakan tegas termasuk undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menyalahgunakan nama, imej atau identiti Ketua Pengarah di akaun media sosial tidak sah.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan kandungan palsu serta sentiasa merujuk kepada saluran rasmi AKPS untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat,” kata kenyataan itu lagi.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img