SPRM perkukuh kepimpinan berteraskan pemikiran strategik

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus memperkukuh barisan kepimpinan peringkat tinggi menerusi pelaksanaan Premier Transformational Leadership Development Programme (PTLDP) bagi memperkasakan keupayaan analitikal dan pemikiran strategik.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, barisan kepimpinan gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C SPRM perlu berkemahiran dalam memberikan pandangan dan idea bernas yang mempunyai nilai praktikaliti terutamanya apabila berhadapan dengan khalayak serta membimbing pegawai bawahan supaya setiap isu menemui jalan penyelesaian yang konklusif.

“Kepimpinan tidak hanya bersandar kepada teori sebaliknya diterjemahkan dengan keupayaan penyelesaian masalah, membina keyakinan, ketegasan dalam membuat keputusan dan mengutamakan hasil,” katanya pada Majlis PTLDP JUSA C Siri 5 Bil.1/2026 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini.

“Pegawai terbabit perlu sentiasa bersiap siaga kerana tanggungjawab yang bakal dihadapi semakin mencabar. Justeru, mereka tidak boleh mengambil mudah aspek pengurusan.

“Sikap ‘complacent’ atau mengambil mudah terhadap sesuatu perkara perlu dihentikan. Semasa berhadapan situasi krisis, prinsip ‘No Delay’ atau tanpa lengah adalah mandatori,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru supaya pegawai SPRM menguasai kemahiran kritikal dalam aspek pemikiran strategik, penyelesaian masalah dan analisa situasi untuk memastikan daya tahan organisasi.

Terdahulu, seramai tujuh pegawai PTLDP JUSA C Siri 5 Bil.1/2026 membentangkan kertas kerja yang disusuli sesi soal jawab bersama panel penilai. Pegawai terbabit juga telah mengikuti kursus PTLDP JUSA C pada 3 hingga 27 Februari 2026 yang dikendalikan oleh Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).

Turut diadakan sesi penyampaian sijil penyertaan PTLDP Siri 5 Bil.1/2026 oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Sri Ahmad Khusairi Yahaya kepada para peserta.

Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Indera Junipah Wandi; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman dan Pengarah Kanan MACA SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img