Israel-AS gabung hancurkan Iran…dunia Islam hanya sekadar lihat, kutuk

SELEPAS berpakat menjajah bumi Palestin dan menghancurkan Gaza sehingga mengakibatkan lebih 70,000 rakyat negara itu dibunuh, Israel dan Amerika Syarikat (AS) kini bergabung untuk menghancurkan Iran pula.

Hari ini kedua-dua negara  melancarkan serangan ke atas beberapa bandar atau wilayah di Iran tanpa sedikitpun mempedulikan undang-undang antarabangsa. Seperti mana mereka lakukan di Gaza, itulah juga yang akan mereka lakukan ke atas negara Republik Islam tersebut.

Serangan itu dilakukan beberapa jam selepas Presiden AS, Donald Trump yang merupakan sahabat karib Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, ‘’AS berdepan dengan “keputusan yang sangat besar” berhubung Iran.’’

Kedua-dua negara yang dikuasai Yahudi itu tahu negara-negara lain termasuklah negara-negara Islam tidak akan mampu menghalang kebuasan mereka menyerang satu demi satu negara. Sasaran mereka hanyalah negara Islam dengan memberikan pelbagai alasan bagi menghalalkan jenayan perang mereka.

Tetapi apa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) boleh buat? Apa yang 57 negara OIC boleh lakukan? Tidak ada apa-apa sekadar mengutuk dan mengecam…itu sahaja.

Paling mengecewakan 22 buah negara Arab yang antara mereka mempunyai antara angkatan tentera terkuat di dunia. Negara-negara berkenaan tidak melakukan apa-apa kerana sebahagian mereka mempunyai perjanjian keselamatan dengan Israel.

Kalau begitulah keadaan macam mana kita boleh mengharapkan mereka akan membela negara-negara Islam yang diserang oleh Israel dan AS – dua buah negara yang kini sama sekali tidak akan dan tidak mungkin menghormati apa jua undang-undang antarabangsa.

Dalam keadaan PBB terikat tangan, Liga Arab sekadar bermesyuarat dan OIC hanya  mengutuk, umat Islam hanya mampu berserah kepada Allah SWT untuk menyelamatkan saudara-saudara mereka yang kini menjadi mangsa kekejaman Israel dan AS.

Ketika artikel ini ditulis, serangan ke atas Iran diperhebatkan dan pada masa sama Iran memberi amaran mereka kini bersedia untuk melakukan tindak balas.

Pada masa sama,Israel turut mengganas di Palestin apabila terus melancarkan serangan ke atas penduduk di Gaza yang tidak ada apa-apa senjata mahupun makanan.

Penulis percaya, jika Israel dan AS berjaya menghancurkan Iran, selepas ini beberapa buah negara Islam lagi akan menjadi sasaran mereka kononnya atas alasan mahu ‘menghapuskan ancaman dan pengganas’ sedangkan faktanya merekalah ancaman dan pengganas sebenar. Tanpa disedari nasib dunia kini ditentukan oleh Netanyahu dan Trump.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img