SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang wanita bagi membantu siasatan kes.
SPRM dalam kenyataan memaklumkan, wanita berkenaan ialah Jennifer Kok Sau Keng, seorang warga tempatan dengan alamat terakhir di B-24-03, Abadi Villa, Jalan 3/109C, Off Jalan Klang Lama, Taman Abadi Indah, Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta tampil membantu siasatan.
“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Stefan Lue Hsien Yang di talian 017-902 8199.
“Maklumat juga boleh disalurkan melalui emel kepada stefan@sprm.gov.my,” katanya.


