Calon PM : Mesej ’tersirat’ Samsuri  untuk Muhyiddin

 

SEBELUM ini Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dinamakan sebagai calon Perdana Menteri (PM) bagi parti Bersatu yang beliau terajui.

Bagaimanapun keputusan yang dibuat dalam Perhimpunan Agung Bersatu tersebut ‘tidak direstui’ oleh Pas. Sejak itu dikhabarkan hubungan antara kedua-dua parti agak dingin.

Soal calon PM walaupun tidak dibincangkan secara terbuka tetapi ia tetap diperkatakan memandangkan walaupun Muhyiddin menjadi Pengerusi Perikatan Nasional (PN) namun dengan pendirian Pas, ia tiada kepastian.

Isu jawatan itu semakin panas, apabila Muhyiddin pada akhir tahun lalu secara sukarela tanpa dipaksa mana-mana pihak meletak jawatan sebagai Pengerusi PN. Jawatan itu akhir diambil alih oleh  Menteri Besar Terengganu yang juga Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr.Ahmad Samsuri Mokhtar

Beliau dilihat pemimpin berpotensi untuk menjadi calon PM bagi PN, bagaimanapun tidak seperti Bersatu, pemimpin Pas awal-awal lagi memberitahu Pengerusi PN tidak semestinya calon PN. Kalaulah begitu keadaannya, bekas Pengerusi PN lagi lah tidak ada harapan.

Semalam Muhyiddin memberitahu Samsuri bukan calon PM dengan berpegang kepada kenyataan Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung perkara itu, hari ini Samsuri membalas kenyataan Muhyiddin dengan menegaskan

“Yang pasti TSMY (Muhyiddin) juga bukan lagi calon PM,” katanya di Facebook.

Kenyataan Samsuri dengan perkataan ‘BUKAN LAGI…’’ sedikit sebanyak memberi tamparan dan isyarat awal kepada Muhyiddin dan penyokongnya cukup-cukuplah bercakap soal calon PM PN.

Sebaliknya menyahut seruan Samsuri untuk bersama-sama memperkukuhkan PN dan memantapkan muafakat seluruh negara demi menghadapi pilihan raya dengan lebih bersedia.

Benar kata Muhyiddin calon PM tidak dibincangkan dan pelantikan Samsuri sebagai Pengerusi PN disebabkan Pas bertegas mahukannya.

Ia kerana yang selama ini ‘heboh sekampung’ soal calon PM ini ialah Bersatu bukan Pas atau PN. Memang dalam PN tidak dibincangkan soal itu kerana tumpuan sepatutnya diberikan memperkukuhkan PN. Paling penting mengembalikan kedamaian dalam Bersatu yang terus berceramuk walaupun Datuk Seri Hamzah Zainudin yang merupakan Timbalan Presiden sudah dipecat daripada parti itu.

Ia memandangkan pengaruh Hamzah masih utuh. Ia terbukti apabila terdapat 13 lagi Ahli Parlimen Bersatu tetap menyokong Hamzah sebagai Ketua Pembangkang. Maknanya apapun berlaku mereka bersama Ahli Parlimen Larut itu dan bukannya Muhyiddin.

Begitu jugalah soal Pengerusi PN memang benar, Pas yang mahukan Samsuri memandangkan tidak ada lagi calon yang paling sesuai dalam Bersatu bagi menggantikan Hamzah. Mahu lantik Muhyiddin tak molek pula beliau baru sahaja meletak jawatan Pengerusi PN.

Lagipun Muhyddin banyak tugasan lain khususnya  untuk menyusun semula Bersatu di seluruh negara yang sebahagian besar bahagian ‘sudah lumpuh’ apabila AJK mengisytiharkan letak jawatan atau keluar parti.

Kesimpulannya, cukup-cukuplah cakap soal calon PM atau memasang impian mahu dinamakan sebagai calon PM. Sebaliknya beri tumpuan untuk memperkuatkan PN bagi menghadapi PRU-16. Samsuri sudah memberikan mesej yang jelas…kalau tak faham lagi..tak tahulah.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img