Cucu lelaki maut, MPV dipandu nenek terbabit kemalangan

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu neneknya kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 8.4 Jalan Kota Tinggi-Kluang di Kota Tinggi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, kemalangan berlaku pada jam 1.45 petang melibatkan MPV Perodua Alza dipandu wanita berusia 61 tahun dengan sebuah Perodua Myvi.

Katanya, Perodua Myvi dipandu wanita berusia 50 tahun dan terdapat penumpang lelaki berumur 26 tahun dan kanak-kanak lapan tahun, sementara Perodua Alza dipandu wanita berusia 61 tahun dengan cucu lelakinya yang berusia lima tahun sebagai penumpang.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi disyaki memasuki laluan bertentangan dan bertembung Perodua Alza yang datang dari arah Temenin menghala Kota Tinggi.

“Akibatnya, kanak-kanak yang duduk di kerusi penumpang belakang Perodua Alza parah di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika rawatan di Unit Kecemasan Hospital Kota Tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img