Mangsa perahu terbalik Sungai Batang Rajang ditemukan lemas

SEORANG lelaki yang dikhuatiri hilang selepas perahu dinaiki bersama empat rakannya terbalik dan karam di Sungai Batang Rajang di Kapit, malam kelmarin, ditemukan lemas hari ini.

Jasad Brando Jawi Mamba, 25, ditemukan di permukaan sungai berhampiran jeti terminal bot oleh orang awam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima maklumat penemuan itu daripada polis pada jam 7.06 pagi.

“Anggota bomba kemudian bergegas ke lokasi penemuan dan pada jam 7.30 pagi mayat mangsa diangkat ke jeti Kubu Sylvia untuk diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Media semalam melaporkan dalam kejadian kira-kira jam 7 malam kelmarin, mangsa dilaporkan hilang selepas perahu yang dinaikinya bersama empat lagi rakan terbalik selepas dipukul ombak kuat.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa bersama empat rakannya itu menaiki perahu dari Rumah Panjang Bunsi, Kampung Atas Kubu, Jalan Sri Baleh menuju ke tempat kapal berlabuh di jeti berhampiran pasar malam Kapit.

Bagaimanapun katanya, difahamkan perahu dipercayai gagal dikawal sebelum dipukul ombak kuat menyebabkan ia terbalik dan karam.

Tiga lelaki dan seorang wanita yang berada di dalam perahu itu berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sungai.

Beberapa rakan yang berada di lokasi berusaha mencari mangsa sejurus kejadian, namun mereka gagal mengesannya.

Anggota di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit hanya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 3.59 petang semalam sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan membabitkan empat anggota bomba.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img