Khabar angin Rais Yatim sertai UMNO – Jalaludin

UMNO Negeri Sembilan tidak menerima permohonan daripada bekas Ahli Parlimen Jelebu yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Jelebu, Tan Sri Rais Yatim untuk menyertai semula parti.

Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaludin Alias berkata, biarpun ada khabar angin berkenaan hasrat bekas Yang Dipertua Dewan Negara menyertai semula UMNO, setakat ini belum ada permohonan diterima.

Katanya UMNO mengalu-alukan sekiranya Tan Sri Rais berhasrat untuk menyertai semula parti dan tiada masalah mengenainya.

“UMNO berlapang dada dalam hal ini, kita tiada masalah namun perlu buat permohonan mengikut ketetapan yang diguna pakai ketika ini dan sekiranya khabar angin yang sampai ke telinga saya ini benar, UMNO mengalu-alukan apatah lagi ada dakwaan Tan Sri Rais sudah keluar dari parti Bersatu.

“Prosesnya sama seperti dilakukan oleh beberapa pemimpin parti dari negeri ini yang dipecat dan digantung sebelum ini apabila mengemukakan permohonan melalui bahagian, dibincang di peringkat UMNO negeri kemudian diangkat ke UMNO pusat,” katanya ketika ditemui pada Program Mantai Rayo Peringkat DUN Pertang di Kompleks UMNO Jelebu hari ini, lapor Harian Metro.

Mengulas lanjut Jalaluddin yang juga ADUN Pertang dan Ahli Parlimen Jelebu berkata, UMNO negeri akan bermesyuarat pada 14 April ini bagi membincangkan permohonan menyertai semula parti oleh pemimpin dari cawangan dan bahagian yang digantung dan dipecat sebelum ini termasuk bekas Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif.

“Kita berharap semua masalah dapat diselesaikan dengan segera sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) sekali gus membina kekuatan UMNO,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img