UMNO perlu pendekatan lebih berkesan tangani keresahan Melayu – Wan Rosdy

UMNO perlu berdepan realiti semasa dengan lebih berkesan dalam usaha memperkukuhkan parti, khususnya menangani kebimbangan dan keresahan orang Melayu terhadap beberapa isu utama yang semakin memberi kesan kepada kehidupan harian rakyat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perubahan landskap politik dan sikap pengundi menuntut UMNO menyesuaikan pendekatan agar kekal relevan sebagai parti utama orang Melayu.

“Justeru, persoalan besar yang perlu kita rungkaikan hari ini bukan sekadar tentang apa yang telah kita lakukan, tetapi ke mana hala tuju kita selepas ini.

“Bagaimanakah wajah UMNO apabila menjangkau usia 100 tahun dan apakah peranan kita dalam memastikan parti ini terus relevan serta menjadi sandaran masa depan bangsa?”, katanya ketika berucap pada Konvensyen 80 Tahun UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Wan Rosdy, UMNO memerlukan strategi yang lebih segar dan dinamik berikutan keadaan realiti politik kini tidak lagi berada dalam kedudukan selesa seperti sebelum ini.

Beliau berkata, kegagalan menyesuaikan diri dengan cabaran semasa hanya akan menyebabkan parti terus ketinggalan dalam persaingan politik.

Tambah beliau, usaha memulihkan keyakinan rakyat perlu menjadi keutamaan selain memperkukuh jentera parti dan penguasaan dalam komunikasi moden termasuk media sosial.

“Jika kita benar-benar serius untuk melihat UMNO mencapai usia 100 tahun dan terus relevan, maka kita mesti berani melakukan perubahan besar,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img