MOT keluarkan larangan pemanduan kenderaan barangan, logisitik jamin kelancaran trafik

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) hari ini mengeluarkan larangan pemanduan kenderaan barangan dan logistik sempena perayaan Aidilfitri akan berkuat kuasa 19 dan 20 Mac, disusuli 28 dan 29 Mac ini.

Kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan, larangan itu bagi memastikan kelancaran trafik, mengurangkan risiko kemalangan serta menjadikan perjalanan pulang ke kampung lebih selesa dan selamat.

“Pelaksanaan larangan ini mengambil kira keseimbangan antara kelancaran trafik dengan keperluan operasi kritikal.

“Orang ramai digalakkan merancang perjalanan dengan baik serta mematuhi peraturan demi keselamatan bersama,” kata kenyataan itu.

Beberapa kategori kenderaan berat bagaimanapun dibenarkan beroperasi dengan had masa tertentu pada tarikh berkenaan, antaranya lori kontena dan kargo dari 8 pagi hingga 8 malam, manakala kenderaan pembinaan pula bermula 6 pagi hingga 6 petang dalam lingkungan 25 kilometer.

Pengecualian turut diberikan kepada perkhidmatan kritikal seperti operasi kecemasan, pengangkutan dari pelabuhan dan lapangan terbang serta bekalan keperluan asas.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img