Pesara terperdaya skim pelaburan emas palsu kerugian hampir RM100,000

SEORANG pesara wanita kerugian hampir RM100,000 akibat percaya bakal memperoleh keuntungan RM14,440 sekiranya membuat pelaburan emas dengan hanya bermodalkan RM300, baru-baru ini.

Mangsa yang berhasrat untuk mengeluarkan wang keuntungan tersebut bagaimanapun perlu menyediakan pelbagai bayaran tambahan sebagai syarat pengeluaran.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, mangsa akur dengan syarat itu hingga membuat 19 transaksi bayaran ke beberapa akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM99,085.

“Mangsa mula berasa menjadi mangsa penipuan apabila dia gagal mengeluarkan wang keuntungan tersebut walaupum bayaran tambahan telah dibuat seperti diarahkan.

“Wanita itu akhirnya tampil membuat laporan polis dan kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Ashari berkata, nasib malang wanita bermula selepas berurusan dengan seorang wanita dikenali sebagai ‘Azian’ untuk menyertai skim pelaburan emas yang diiklankan melalui laman sosial Facebook.

Katanya, mangsa telah ditawarkan skim pelaburan bermodal serendah RM300 dengan pulangan tinggi antara RM10,000 hingga RM15,000 dalam tempoh singkat.

“Mangsa telah membuat bayaran permulaan RM300 sebelum dimaklumkan telah memperoleh keuntungan RM14,440 dalam tempoh 24 jam.

“Mangsa terjerat hingga terpaksa menanggung kerugian gara-gara ‘umpan’ penipuan skim pelaburan emas tidak wujud itu,” katanya, lapor Sinar Harian.

Justeru itu katanya, polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap sebarang tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan luar biasa dalam tempoh singkat, khususnya melalui media sosial.

“Orang ramai juga digalakkan untuk membuat semakan melalui portal Semak Mule CCID atau hubungi pihak berkuasa dan hadir ke balai polis berdekatan sebelum membuat sebarang transaksi,” ujarnya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img