‘’Tentera AS akan jadi ‘makanan jerung Teluk Parsi’’ – Amaran Iran

IRAN melalui Markas Komando Utama Khatam al-Anbiya memberi amaran keras kepada Donald Trump bahawa tindakan  menceroboh  negara republik Islam melalui serangan darat akan menyebabkan Tentera Amerika Syarikat bakal menjadi ‘makanan jerung Teluk Parsi’.

Jurucakap Markas itu, Enrahim Zolfaqari  dalam satu kenyataan berkata, Iran telah lama bersiap sedia untuk menghadapi sebarang pencerobohan melalui serangan darat oleh Amerika Syarikat dan sekutunya, Israel.

 Beliau memberi amaran bahawa sebarang tindakan sedemikian akan membawa akibat buruk kepada pihak yang melakukannya.

Zolfaqari meminta Trump serta kepimpinan tentera Amerika supaya mempelajari sejarah Iran dan mengambil iktibar daripada nasib penceroboh terdahulu, serta tidak mengorbankan tentera mereka dalam konflik yang disifatkan sebagai tidak berasas.

Menurutnya lagi, angkatan bersenjata Iran berada dalam keadaan bersedia sepenuhnya dan hanya menunggu masa untuk bertindak balas sekiranya ancaman tersebut direalisasikan.

 Zolfaqari berkata, Trump bertindak di bawah tekanan Mossad dan dipengaruhi oleh isu berkaitan kes Epstein, sekali gus menjadikannya “alat” kepada Perdana Menteri rejim Zionis yang juga pengganas antarabangsa, Benjamin Netanyahu  dalam melancarkan perang dan pencerobohan terhadap Iran.

Beliau turut menyifatkan Trump sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai, tidak mempunyai kestabilan dari segi pemikiran dan pendirian, serta sering mengeluarkan kenyataan bercanggah.

Tegas beliau, kepimpinan Amerika telah menyerahkan kuasa ketenteraan kepada individu yang membuat keputusan berbahaya sehingga menjerumuskan tentera AS ke dalam situasi kritikal.

Zolfaqari  juga mendakwa bahawa tentera Amerika kini berdepan ancaman serius di rantau tersebut, sehingga terpaksa meninggalkan pangkalan yang musnah dan berlindung di kawasan awam serta pusat ekonomi negara-negara serantau, yang menurutnya turut menjadi sasaran.

Pada masa sama, Zolfaqari mengkritik kepimpinan tentera AS yang didakwa berada jauh dari medan perang tetapi tetap mengharapkan ketahanan pasukan mereka, selain menuduh Trump sering berubah pendirian dalam tempoh singkat — daripada mengancam kepada mengajak rundingan, sebelum kembali kepada pendekatan ketenteraan.

Beliau menegaskan, tindakan Trump telah menyebabkan kerugian besar bukan sahaja kepada rakyat Amerika, tetapi juga kepada negara-negara Eropah dan Asia Barat.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img