Remaja lelaki lemas ketika mandi di air terjun Gunung Ledang

SEORANG remaja lelaki ditemukan lemas ketika mandi bersama dua rakannya di air terjun di Gunung Ledang hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.50 petang ketika mangsa, Muhammad Zaffran Abu Samah, 15, bersama dua rakannya mandi di air terjun itu sebelum mangsa dikatakan terjatuh dan cuba diselamatkan oleh orang awam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Fazlan Maraman berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 5.27 petang dan lapan anggota segera ke lokasi untuk menyelamat.

“Mangsa dilaporkan terjatuh ketika mandi-manda bersama dua rakan. Dia ditemukan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan penyelamat. Bagaimanapun, remaja itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Pasukan kemudian menjalankan pemantauan di lokasi dan seterusnya menyerahkan mayat kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img