Fasa pemulihan konflik Asia Barat ambil masa panjang – PM

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan fasa pemulihan susulan tempias konflik di Asia Barat mungkin mengambil masa panjang.

Katanya, beberapa pemimpin negara Teluk, Arab Saudi, Turkiye, Mesir, Indonesia serta Presiden Iran, Masoud Pezeshkian menyokong jangkaan itu.

Sehubungan itu, Perdana Menteri  berkata, rantaian bekalan global, terutama tenaga dari Malaysia pasti terjejas apabila ketegangan di Asia Barat berlarutan.

“Cuma kita harus bersyukur kerana memasuki fasa ini dalam keadaan ekonomi yang relatif lebih stabil dan kita dapat bertahan.

“RON95 umpamanya dengan (harga bersubsidi) RM1.99 mengejutkan kerana kalau lihat kos dan harga minyak dengan orang terpaksa beratur, ada catuan di negara rantau tentunya merimaskan,” katanya dalam taklimat ringkas malam ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri mahu semua pihak tidak mengambil mudah impak konflik di Asia Barat.

Beliau yang juga Menteri Kewangan mahu masyarakat pelbagai lapisan menerima kenyataan bahawa konflik itu menyebabkan keadaan tidak lagi seperti biasa.

Anwar menegaskan, negara perlu bertindak sesuai dengan tuntutan masa dan mengikut rancangan, jika keadaan semakin mencemaskan.

“Kita sudah menyuarakan kebimbangan kerana konflik Asia Barat berikutan serangan Israel dan AS ke atas Iran telah menjalar ke negara serantau. Kini kesannya, tempiasannya sudah melanda ke seluruh dunia, termasuk negara kita tercinta, Malaysia,’’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img