Penganggur direman tikam lelaki guna parang

SEORANG penganggur direman selama tiga hari oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat, hari ini, kerana disyaki menikam seorang lelaki menggunakan parang dalam satu pergaduhan di Sri Medan, semalam.

Perintah reman terhadap suspek berusia 51 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Arun Noval Dass sehingga Ahad ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.

Menurut polis, tempoh reman itu juga bertujuan membolehkan proses kawad cam dijalankan berikutan terdapat saksi yang melihat kejadian berkenaan.

Berdasarkan siasatan awal, kejadian berlaku apabila mangsa berusia lingkungan 30-an datang ke rumah suspek sebelum tercetus perselisihan faham antara mereka.

Pertengkaran itu kemudian memuncak apabila suspek bertindak mengambil parang lalu menikam mangsa.

Tikaman tersebut mengenai bahagian pinggang mangsa sehingga menyebabkan kecederaan parah sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk rawatan.

Polis menahan suspek di rumahnya kira-kira jam 10.30 malam pada hari sama selepas menerima laporan berhubung kejadian itu.

Turut dirampas adalah senjata dipercayai digunakan dalam kejadian serta pakaian yang dipakai suspek ketika kejadian bagi membantu siasatan lanjut.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img