Ketua Perisikan Revolusi Iran terbunuh dalam serangan AS-Israel

KETUA  Perisikan Kor  Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran, Mejar Jeneral Majid Khademi, terbunuh dalam satu serangan oleh pakatan jahat Amerika Syarikat (AS)-Iran hari ini, menurut kenyataan Jabatan Perhubungan Awam IRGC.

Dalam kenyataannya, IRGC menekankan hampir lima dekad perkhidmatan setia dan berani Mejar Jeneral Khademi dalam melindungi revolusi, sistem, dan tanah air Islam, terutamanya dalam bidang perisikan dan keselamatan.

‘’Organisasi itu menegaskan bahawa sumbangan Allahyarham adalah besar, berpanjangan, dan memberi pengajaran, dan usaha beliau akan terus menjadi panduan kepada komuniti perisikan negara untuk tahun-tahun akan datang—terutamanya dalam menangani musuh asing pada tahap strategik dan menangkis rancangan jahat mereka yang bertujuan mengganggu keselamatan serta ketenteraman Iran,’’ kata kenyataan itu.


IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img