PM beri penghormatan terakhir kepada mendiang Liong Sik

DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Kehormat Seluruh Hidup MCA Tun Dr Ling Liong Sik.

Perdana Menteri memberitahu, dalam kesempatan tersebut, beliau turut berpeluang bertemu dan menyampaikan ucapan takziah secara langsung kepada ahli keluarga mendiang, serta berkongsi rasa dukacita atas pemergian seorang tokoh yang amat berjasa.

‘’Saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa dan sumbangan mendiang, bukan sahaja kepada parti MCA, malah kepada negara secara keseluruhan, khususnya dalam memajukan sektor pengangkutan.  Dedikasi dan kepimpinan mendiang akan terus dikenang serta menjadi teladan kepada generasi akan datang,’’ katanya melalui Facebook beliau.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img