MCMC mahu ambil tindakan terhadap Wan Azri

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris susulan dakwaan palsu berhubung sekatan laporan media.

MCMC dalam kenyataan menegaskan dakwaan bahawa pihaknya menyekat laporan Malaysia Gazette berkaitan kes mahkamah melibatkan pempengaruh media sosial itu dan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil adalah tidak benar.

“MCMC tidak terlibat dalam kes itu dan tidak mengeluarkan sebarang permohonan atau permintaan untuk menyekat kandungan itu kepada mana-mana media mahupun platform.

“Sehubungan itu, MCMC akan mengambil tindakan undang-undang yang wajar terhadap Wan Azri berhubung dakwaan palsu itu,” menurut kenyataan tersebut.

MCMC berkata, pihaknya memandang serius penyalahgunaan media sosial dan media digital untuk mengelirukan orang ramai melalui penyebaran maklumat palsu.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang sedia ada,” katanya.

Terdahulu, kes saman membabitkan Fahmi dan Wan Azri diselesaikan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan penyelesaian.

Saman itu difailkan Fahmi pada 5 September 2023 berhubung dakwaan fitnah bahawa beliau menyalahgunakan masjid untuk tujuan kempen pilihan raya serta bertindak bertentangan dengan titah Sultan Selangor.

Bagaimanapun, pasukan peguam Fahmi kini turut meneliti kenyataan terbaharu Wan Azri di media sosial bagi menentukan sama ada berlaku pelanggaran terhadap terma penyelesaian mahkamah.

Fahmi dipetik berkata, beliau menerima maklum balas daripada pelbagai pihak mengenai kenyataan terbaru Wan Azri itu dan akan mendapatkan nasihat peguam bagi mengenal pasti sama ada berlaku pelanggaran terhadap terma penyelesaian yang dicapai di mahkamah atau sebaliknya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img