PDRM sahkan tiada pembabitan SPRM dalam kes mafia korporat

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan siasatan pihaknya setakat ini mendapati tiada pembabitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikaitkan dengan mafia korporat.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail memaklumkan, siasatan masih diteruskan dan setakat ini tiada pembabitan SPRM dalam siasatan kes mafia korporat yang sedang dijalankan.

“Beberapa individu sudah dikenal pasti termasuk berada di dalam serta luar negara.

“Arahan yang diterima adalah untuk meneruskan siasatan jadi kita akan teruskan siasatan kerana ada beberapa individu perlu dipanggil,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Menurut Mohd Khalid, bagi individu yang berada di luar negara, perbincangan kerajaan dengan kerajaan (G2G) perlu dilakukan untuk memanggil mereka merakam keterangan.

“Kes ini masih berada pada peringkat awal siasatan dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi sehingga hasil siasatan dimuktamadkan,” katanya.

PDRM sebelum ini mengesahkan telah menyerbu beberapa premis milik ahli perniagaan, Victor Chin yang didakwa terbabit dengan mafia korporat.

Media sebelum ini melaporkan sejumlah premis milik ahli perniagaan itu diserbu Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan PDRM serta beberapa dokumen disita bagi membantu siasatan.

Susulan itu Victor dilaporkan berkata, pihaknya menafikan pembabitan dirinya dalam mafia korporat seperti yang digembar-gemburkan.

Menerusi kenyataan e-mel kepada agensi berita Bloomberg, dia tidak menafikan mengenai kewujudan kumpulan itu, namun menafikan pembabitannya.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil dilaporkan berkata, Kabinet mengarahkan PDRM dan agensi berkaitan termasuk SPRM untuk menyiasat dakwaan manipulasi korporat berkenaan.

Arahan Kabinet itu dibuat di tengah-tengah gesaan meluas termasuk daripada menteri kanan kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan yang dilaporkan oleh Bloomberg bulan lalu.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img