Bekalan minyak negara terjamin dua bulan ini, 6 kapal Malaysia sudah melepasi Selat Hormuz – PM

DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan enam daripada tujuh kapal Malaysia sudah belayar melepasi Selat Hormuz dan kini dalam perjalanan membawa bekalan minyak mentah ke negara ini.

Menurut Perdana Menteri, sebuah lagi kapal yang membawa bekalan terbabit tersadai di pelabuhan akibat mengalami kerosakan.

Susulan perkembangan itu, beliau berkata, bekalan minyak negara untuk bulan ini dan Mei dijangka berada dalam keadaan yang terkawal.

Menurut Anwar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik menghubungi beliau sebentar tadi memaklumkan perkembangan mengenai kemudahan dan pengangkutan perjalanan kapal minyak negara itu.

“Alhamdulillah semua terlepas… satu sudah pun hampir sampai, satu sudah berlepas cuma satu kapal kita mengalami kerosakan dan tersadai di pelabuhan. Jadi yang enam lagi itu berjalan.

“Kita berharap bekalan minyak untuk April dan Mei itu nampak masih dalam keadaan yang sangat terkawal,” katanya kepada pemberita hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurussaadah di Cheras Baru, Kuala Lumpur hari ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img