Isu Rafizi: PM minta ahli PKR bertenang, tumpu kepada masalah ekonomi

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak dalam PKR supaya bertenang, mengetepikan isu peribadi dan menumpukan kepada masalah ekonomi negara yang lebih serius.

Untuk itu, beliau menolak untuk mengulas isu berkaitan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli.

“Tak apalah, kita minta bertenang, tumpu masalah ekonomi negara (yang) lebih serius daripada masalah peribadi,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurussaadah, Cheras Baru, Kuala Lumpur hari ini.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan.

Perdana Menteri ditanya mengenai desakan beberapa pemimpin PKR supaya parti mengambil tindakan terhadap Rafizi berikutan kenyataan terbuka terhadap parti yang boleh merosakkan perpaduan parti.

Rafizi sebelum ini sering membuat kenyataan terbuka yang menyentuh isu parti dan pentadbiran termasuk mendakwa wujud naratif tersusun bagi melabelkan dirinya sebagai ‘menteri paling gagal’ yang kini giat dimainkan di pelbagai platform media sejak kebelakangan ini.

Beliau dilaporkan berkata, serangan terbabit bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya digerakkan oleh pihak tertentu yang mempunyai pengaruh untuk membentuk persepsi negatif terhadap dirinya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img