Kebakaran dua rumah, lapan sekeluarga hilang tempat tinggal

LAPAN sekeluarga hilang tempat tinggal apabila dua buah rumah didiami mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Buluh Gading di Manir, Kuala Terengganu malam tadi.

‎Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, seorang wanita dilaporkan melecur di jari, manakala tujuh lagi mangsa termasuk seorang kanak-kanak perempuan sindrom down berusia 13 tahun terselamat.

‎Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Thoiyibah Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.35 malam, sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi.

‎”Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, didapati kebakaran membabitkan dua buah rumah jenis separuh kekal dengan anggaran kemusnahan kira-kira 90 peratus,” katanya lapor Harian Metro.

Menurut b‎eliau, mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menerima rawatan.

‎‎Katanya, operasi pemadaman melibatkan beberapa aliran hos dan bantuan jentera dari BBP Marang serta pasukan sokongan lain.

“Api dapat dikawal sepenuhnya kira-kira jam 10.01 malam dan operasi tamat pada jam 11.51 malam. ‎‎Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya lagi.

‎‎Sementara itu salah seorang mangsa, Wahid Awang, 66, berkata, rumah yang dibinanya kira-kira 40 tahun lalu itu telah diberikan kepada anak lelaki, Mohd Izat, 37, untuk didiami bersama isteri dan dua anak lelaki berusia lapan dan empat tahun.

‎‎Menurutnya ketika kebakaran, anak, menantu dan dua cucunya keluar berkelah di pantai.

‎‎”Saya menerima panggilan pada jam 9.30 malam dan sebaik sahaja tiba, saya lihat keseluruhan rumah sudah musnah termasuk rumah didiami adik saya, Norhaslina, 52, yang tinggal bersebelahan.

“Adik saya itu melecur di jari ketika masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan barang,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img