Minyak tiba di Filipina bukan dari Petronas tetapi milik syarikat komoditi global Vitol

BEKALAN minyak domestik Filipina dijangka mencukupi untuk tempoh kira-kira 50 hari, dengan tambahan stok penampan bakal diterima bulan ini menerusi program perolehan kerajaan, menurut pegawai Jabatan Tenaga negara itu.

Menurut laporan Philippine News Agency (PNA), Timbalan Setiausaha Jabatan Tenaga, Sandy Sales berkata, sebanyak 900,000 tong minyak dijadualkan tiba sepanjang April, dengan penghantaran pertama dijangka minggu ini.

Beliau memaklumkan, penghantaran awal sebanyak 300,000 tong tiba Jumaat lalu dari Malaysia melalui Singapura, yang diperoleh menerusi syarikat komoditi global, Vitol. Dua lagi penghantaran masing-masing sebanyak 300,000 tong dijangka tiba kemudian bulan ini, melalui kontrak dengan Vitol dan Trafigura, yang bersumberkan Asia Utara dan India.

“Petunjuk menunjukkan kargo tersebut masih belum dimuktamadkan sepenuhnya, walaupun kontrak telah ditandatangani,” katanya dalam taklimat secara dalam talian.

Setiausaha Tenaga, Sharon Garin berkata, stok penampan minyak itu diperoleh di bawah Program Keselamatan Tenaga Kecemasan melalui Philippine National Oil Company-Exploration Corporation.

Dalam taklimat sama, beliau menegaskan Filipina masih mempunyai masa mencukupi untuk mendapatkan stok tambahan selain bekalan sedia ada daripada syarikat minyak swasta.

“Kedudukan bekalan kita kini berada pada tahap yang baik. Sistem pengedaran juga semakin stabil, khususnya di stesen minyak bebas dan kawasan pedalaman,” katanya.

 

Sementara itu, isu minyak diterima oleh Filipina itu menjadi panas apabila ada pihak yang sudah kehabisan modal ‘menyerang’ kerajaan melakukan fitnah dengan menyatakan bahan itu adalah dari syarikat Malaysia.

Dakwaan  mendapat reaksi Petronas yang menafikan minyak syarikat tersebut dihantar ke Filipina.

Petronas menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah memeterai sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak di Filipina berkaitan pembekalan diesel.

“Keutamaan utama Petronas kekal memastikan bekalan bahan api yang stabil dan berterusan untuk Malaysia, melalui penyelarasan rapat dengan kerajaan serta pihak berkepentingan berkaitan,” kata syarikat minyak nasional itu dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan berkata, melalui akaun FAKTA BUKAN AUTA, seorang penganalisis menjelaskan, minyak yang keluar dari perut bumi bukan dalam bentuk Euro5, ProDrive, Ron95, dan lain-lain, sebaliknya ia perlu menjalankan proses untuk dijadikan minyak  dan menentukan kualiti serta jenis.

‘’Dalam kes Petronas kena fitnah jual diesel ke Filipina ni sebenarnya diesel tu milik Syarikat Vitol beribupejabat  di Geneva.

‘’Vitol beli minyak dari beberapa negara – India ada Asia Barat , bila cukup dia nak bawa ke Filipina. Vitol kena singgah la di Johor pasai (pasal) kalau nak tapis minyak kemudahan kelas dunia ada di Pengerang, nak pindah muatan ship-to-ship boleh buat di Tanjung Pelepas,’’ kata penganalisis melalui akaun X tersebut.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img