Banduan warga Pakistan masih diburu, polis jejaki rakan rapat

USAHA mengesan banduan warga Pakistan, Muhammad Hassan, 24, yang melarikan diri dari Penjara Sungai Buloh sejak 9 April lalu masih giat diteruskan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, beberapa individu termasuk rakan kepada suspek sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

“Beberapa kenalan banduan berkenaan sudah ditahan dan disoal siasat, namun jumlah individu terlibat tidak dapat didedahkan kerana agak ramai. Siasatan masih diteruskan.

“Setakat ini, pihak polis masih menjejaki pergerakan suspek sejak awal operasi dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, lelaki terbabit menghadapi beberapa pertuduhan serius termasuk mengikut Seksyen 377C dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan serta kesalahan berkaitan imigresen.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya lebih berhati-hati kerana suspek dipercayai terlibat dalam kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.

Sehubungan itu, polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai suspek agar segera menyalurkannya kepada pihak berkuasa bagi membantu usaha menjejaki lelaki berkenaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img