PM Australia akan berbincang dengan Petronas mengenai kerjasama tenaga – Anwar

PERDANA Menteri Australia, Anthony Albanese akan mengadakan perbincangan dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk memacu kerjasama dalam bidang tenaga antara Malaysia dan Australia terutamanya dalam gas asli cecair (LNG).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua negara telah memberikan tanggungjawab kepada Petronas dan pihak berkuasa Australia yang berkaitan untuk meneruskan perbincangan yang lebih terperinci selepas rundingan dua hala sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kerjasama dalam mendepani cabaran tenaga global yang berterusan.

“Sebagai rakan kerjasama yang erat, Malaysia dan Australia berkongsi hubungan dua hala yang kukuh dan kami akan terus memberi keutamaan kepada perbincangan pada peringkat operasi.

“Kami telah mengadakan perbincangan dengan kepimpinan Petronas dan perbincangan lanjut yang lebih terperinci akan diteruskan,” kata beliau dalam sidang media sempena lawatan rasmi Albanese ke Malaysia di Putrajaya hari ini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img