Sedia kurangkan gaji menteri, jika situasi ekonomi negara meruncing – PM

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan kerajaan bersedia meneliti pemotongan gaji menteri sekiranya keadaan ekonomi negara menjadi lebih mencabar.

Katanya, buat masa ini gaji menteri di Malaysia adalah relatif rendah, namun soal pengurangan boleh dipertimbangkan bergantung kepada situasi semasa.

“Tak ada penghalangan kalau keadaan ekonomi ini lebih runcing, jadi kita boleh fikirkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Bomba Cyberjaya, hari ini.

Beliau turut menegaskan keutamaan adalah memastikan setiap anggota pentadbiran menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Menurutnya, gaji merupakan hak menteri selagi mereka melaksanakan tugas dengan berkesan, namun beliau sendiri tidak mempunyai masalah untuk tidak mengambil gaji.

Kata Perdana Menteri,  perkara tersebut dilihat sebagai isyarat keterbukaan kerajaan untuk mengambil langkah penjimatan termasuk pengorbanan di peringkat kepimpinan sekiranya diperlukan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img