JPJ buka bidaan siri P__P Isnin depan sempena ulang tahun ke-80

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka bidaan nombor pendaftaran istimewa (NPI) siri eksklusif P__P secara dalam talian bermula Isnin depan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari JPJ ke-80.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pengenalan siri khas itu sebagai simbolik memperingati lapan dekad peranan dan sumbangan JPJ dalam pembangunan sistem pengangkutan negara.

“Pengenalan siri khas ini mencerminkan identiti, legasi serta evolusi JPJ sebagai agensi peneraju dalam pengurusan dan penguatkuasaan pengangkutan jalan raya di Malaysia.

“Pemilihan huruf P melambangkan peranan JPJ dalam aspek pengangkutan dan penguatkuasaan selain sinonim dengan Pulau Pinang yang menjadi lokasi penganjuran Karnival Mega JPJ MADANI pada 24 hingga 26 April ini,” katanya dalam sidang media di The Top Komtar, Pulau Pinang hari ini.

Menurut Aedy Fadly, nombor siri khas itu ditawarkan menerusi Sistem JPJeBid dengan pelaksanaan proses bidaan secara telus, teratur dan efisien.

Bidaan akan dibuka bermula 20 April dan ditutup pada 24 April jam 10 malam, manakala keputusan boleh diketahui dalam tempoh 24 jam selepas penutupan iaitu pada 25 April.

Harga minimum bidaan ditetapkan mengikut kategori iaitu Nombor Bernilai Utama (Golden) bermula RM20,000, Premium (RM5,000), Menarik (RM2,500), Popular (RM500) dan Biasa (RM300).

Katanya, semua nombor yang berjaya dibida perlu didaftarkan pada kenderaan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh keputusan rasmi dikeluarkan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img