Dera anak saudara: Suami isteri direman 7 hari

SEPASANG suami isteri yang ditahan semalam kerana disyaki melakukan penderaan terhadap anak saudara berusia 10 tahun, direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Azuhar Md Nor berkata, perintah tahanan reman ke atas pasangan berusia 29 dan 31 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Krai, pagi tadi.

Menurutnya, tempoh reman untuk kedua-dua suspek adalah sehingga 27 April depan.

“Pasangan itu ditahan selepas polis menerima laporan daripada pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Bukit Bakar.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.

Difahamkan, kanak-kanak lelaki itu dijaga pasangan berkenaan dan menjadi mangsa penderaan selama beberapa tahun.

Sementara itu, sumber berkata, kanak-kanak itu bersekolah di Machang dan dia serta empat adik-beradiknya berada dalam jagaan saudara selepas ibu bapa dipenjarakan atas kesalahan berkaitan dadah.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan, Che Samsuzuki Che Noh hari ini melawat kanak-kanak itu yang kini dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra di Kuala Krai.

Katanya, pihaknya akan memastikan kanak-kanak itu mendapat perlindungan sepenuhnya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img