Selat Melaka:Keputusan tidak boleh dibuat secara bersendirian – Tok Mat Hasan

MENTERI  Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata tiada keputusan unilateral boleh dibuat berhubung Selat Melaka, sambil menekankan pendekatan berasaskan konsensus ASEAN dalam mengekalkan keselamatan maritim di laluan air penting itu.

Katanya, Malaysia bersama Singapura, Indonesia dan Thailand berkongsi “persefahaman sangat kukuh” serta menjalankan rondaan bersama bagi memastikan laluan selamat di selat itu, yang juga antara laluan perkapalan paling sibuk di dunia.

“Apa sahaja yang ingin dilakukan di Selat Melaka mesti melibatkan kebersamaan keempat-empat negara tersebut. Itu adalah persefahaman kita – tidak boleh dibuat secara bersendirian.

“Ini kerana, ketika kita memeterai perjanjian bersama untuk rondaan dan keselamatan Selat Melaka, itulah asasnya – tiada keputusan unilateral. ASEAN semuanya berasaskan konsensus. Malah, di peringkat jawatankuasa kecil sekalipun, semuanya berdasarkan konsensus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel jemputan di Forum Better Nation (BN) ke-10 mengenai Kesan Konflik AS-Iran terhadap Malaysia, di Kuala Lumpur malam tadi.

Kenyataannya menyusul ketidaktentuan berpanjangan dalam perkembangan geopolitik di Asia Barat dan kesannya yang boleh meningkatkan risiko laluan sempit maritim strategik lain, termasuk di Selat Melaka.

Mohamad seterusnya berkata, Malaysia akan terus memperkasakan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) serta mengutamakan kepusatan Asean dalam mengemudi landskap global semakin kompleks.

‘’Malaysia mesti mengamalkan “berkecuali secara aktif” dan mengelak terperangkap dalam permainan politik global.

“Kita adalah negara perdagangan, ekonomi kita adalah ekonomi terbuka dan kita berdagang dengan semua orang. Kita tidak boleh dilihat cenderung kepada sesiapa. Jika gagal, ekonomi kita akan terganggu,’’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img