Polis siasat kaitan kongsi gelap insiden tembakan Jalan Telawi

POLIS menyiasat kemungkinan wujud kaitan dengan kongsi gelap dalam insiden tembakan di Jalan Telawi 2, Bangsar yang membawa kepada penahanan dua lelaki di Klang.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, siasatan kini tertumpu kepada hubungan suspek dengan mana-mana kumpulan kongsi gelap susulan kejadian awal pagi kelmarin.

Menurutnya, kedua-dua suspek dipercayai terbabit dalam pertelingkahan dengan satu kumpulan lain di luar sebuah kelab malam sebelum insiden tembakan berlaku.

“Seorang suspek dipercayai melepaskan beberapa das tembakan termasuk tembakan amaran ke udara dan ke arah kumpulan terbabit, manakala seorang lagi mengacukan sepucuk pistol tiruan.

“Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri sebelum berjaya dikesan dan ditahan di sebuah hotel di Klang,” katanya.

Fadil berkata, kedua-dua lelaki berusia 27 dan 33 tahun itu ditahan kira-kira jam 11.45 malam hari sama.

“Polis turut merampas sepucuk pistol bersama sebutir peluru hidup serta sepucuk pistol tiruan dalam tangkapan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh serta kesalahan lain mengikut Akta Senjata Api 1971.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian hotline polis di 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img