2 lelaki ditahan bantu siasatan kes tembak di Bangsar

POLIS menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian melepaskan tembakan di Jalan Telawi di Bangsar semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kedua-dua suspek berusia 27 dan 33 tahun itu ditahan di Klang, Selangor kira-kira jam 11.45 malam pada hari sama.

“Ketika serbuan, turut dirampas pistol berserta peluru hidup dan pistol tiruan.

“Semakan turut mendapati, suspek pertama mempunyai lima rekod jenayah manakala suspek kedua mempunyai 17 rekod jenayah,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurut Fadil, kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Rabu depan dan kes ini masih dalam siasatan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img