Kertas siasatan kes fitnah MAIS diserah kepada AGC

POLIS telah melengkapkan siasatan berhubung dakwaan fitnah terhadap Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) bagi tindakan lanjut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya telah mengambil keterangan daripada individu terbabit yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum siasatan dilengkapkan.

“Polis telah melengkapkan siasatan dan ianya telah diserahkan kepada AGC untuk keputusan serta arahan selanjutnya.

“Saya minta masyarakat bersabar sementara menunggu keputusan rasmi daripada AGC,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri program Larian Diraja Selangor Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Masyarakat di Elmina Lake Side Mall di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata, kes berkenaan sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 500 dan 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, susulan laporan dibuat MAIS pada 16 April lalu.

Menurutnya, kandungan video di media sosial itu didakwa mengandungi tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang dikatakan menjejaskan imej MAIS serta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), khususnya berkaitan isu projek pembinaan masjid di Subang.

Shazeli turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkan kenyataan atau menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan institusi keagamaan serta mencetuskan ketidakharmonian masyarakat.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img